PENGENALAN BAGI AKTA PUSAT JAGAAN 1993 :
Akta pusat jagaan 1993 ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan pusat-pusat jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
FALSAFAH AKTA :
Perkhidmatan yang disediakan untuk memenuhi keperluan golongan yang tertentu. Pelbagai institusi-institusi kerajaan yang telah ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan katihan kepada golongan sasaran tertentu seperti orang cacat, orang-orang tua yang melarat, kanak-kanak yang terbiar, remaja yang terdedah kepada kerosakan akhlak dan juga kalangan keluarga yang ditimpa oleh berbagai masalah sosial.
Penglibatan pertubuhan sukarela dan swasta, satu mutu kawalan jagaan disediakan bagi menjamin agar penghuni-penghuni pusat jagaan berkediaman dan harian mendapat jagaan dan perlindungan sempurna.
CIRI - CIRI UTAMA :
- Pusat jagaan berkediaman ditafsirkan sebagai mana-mana premis di mana 4 orang atau lebih (bukan saudara diterima untuk jagaan sebagai penghuni-penghuni di dalamnya).
- Pusat jagaan harian ditafsirkan sebagai premis di mana 4 orang atau lebih (bukan saudara) diterima untuk jagaan bagi satu temppoh yang lebih 3 jam sehari di antara terbit matahari hingga matahari terbenam dan beroperasi selama sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengawal penubuhan Pusat-Pusat Jagaan:
Fasal 4 - Mewajibkan pendaftaran pusat-pusat jagaan
Fasal 5 - Bertujuan melarang penyelenggaraan pusat-pusat jagaan tidak berdaftar.
Walaubagaimanapun, kelonggaran tempoh enam bulan diberi kepada pusat-pusat
jagaan yang sedia ada untuk mendaftar.
Fasal 7 - Memperuntukan kuasa kepada ketua pengarah untuk mengenakan syarat- syarat apabila mendaftar sesuatu pusat-pusat jagaan bagi menentukan piawaian minimum dipatuhi untuk melindungi kepentingan dan kebajikan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan.
Fasal 7(i) - Memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk mengenakan deposit jaminan di mana kuantumnya ditetapkan oleh ketua pengarah bagi tujuan melindungi dan menjamin kesejahteraan penghuni terpelihara.
Fasal 15 - Memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk memerintah menutup sesuatu pusat jagaan berdaftar yang gagal mematuhi arahan atau kemungkinan menimbulkan bahaya kepada mana-mana orang. Tugas-tugas dan tanggungjawab pegawai kebajikan masyarakat di bawah akta ini :
- Pegawai kebajikan masyarakat diwartakan untuk melaksanakan akta pusat jagaan.
- Berpandukan peraturan-peraturan pusat jagaan 1994, pegawai kebajikan masyarakat mengawasi serta menjalankan siasatan ke atas pusat-pusat jagaan.
- Kesihatan dan kesejahteraan penghuni-penghuni dijaga dengan memuaskan.
- Daftar-daftara, rekod-rekod dan akaun-akaun di pusat jagaan diselenggara dengan betul
- Kelengkapan yang cukup dan sesuai ada dibekalkan di pusat-pusat jagaan.
- Pusat jagaan diselenggara dengan baik iaitu dimana keadaan binaannya dan tentang kebersihan dan sanitasinya.
- Langkah-langkah berjaga-jaga yang cukup ada di pusat jagaan iaitu terhadap pencegahan kebakaran dan kejadian lain yang berkemungkinan membahayakan nyawa atau kesihatan penghuni-penghuni.
- Pengendali-pengendali pusat jagaan mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 Akta Pusat Jagaan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 Akta Pusat Jagaan 1993.
- Surat rujukan terhadap setiap permohonan pendaftaran pusat jagaan iaitu kepada pihak berkuasa tempatan, jabatan bomba dan jabatan kesihatan. Ini adalah sebagai perakuan bahawa pemohon telah mengemukakan permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Pusat-pusat jagaan mengikut peraturan-peraturan terutama sekali nisbah penjaga dengan penghuni seperti :
JURNAL BERKAITAN DENGAN AKTA PUSAT JAGAAN 1993 :
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=T21VOVlra1haV3p4SUp5RVJadEREUT09
http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta%20506.pdf
HUKUMAN DIKENAKAN KEATAS PENGENDALI YANG TIDAK BERDAFTAR :
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=T21VOVlra1haV3p4SUp5RVJadEREUT09
http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta%20506.pdf
HUKUMAN DIKENAKAN KEATAS PENGENDALI YANG TIDAK BERDAFTAR :
SOALAN BERKAITAN (AKTA PUSAT JAGAAN 1993)
1. Apakah yang perlu dilakukan untuk menubuhkan pusat jagaan?
2. Apakah ciri-ciri utama akta pusat jagaan 1993?
3. Apakah tugas dan tanggungjawab pegawai kebajikan masyarakat?
4. Berikan 2 contoh nisbah bagi kanak-kanak dan penjaga.
5.Apakah kuasa yang diberi kepada pegawai kebajikan masyarakat apabila memasuki dan memeriksa
No comments:
Post a Comment