Thursday, May 16, 2019

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia


UNIVERSITI SULTAN IDRIS
FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

KAA 3053
FALSAFAH, POLISI DAN PRINSIP DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KUMPULAN: B
KERJA KUMPULAN (8) :

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
 


BIL.
NAMA
NO. MATRIK
1.       
NUR IMANINA BINTI ZAKARIA
D20182085978
2.
NURDALILA BINTI IBRAHIM
D20182085994
3.
SITI KHATIJAH BINTI OSEN
D20182086702
4.
NOOR SYAHIRAH BINTI NAWI
D20182085091
5.
NOR MASITH BINTI MOHAMMAD HASBI TAN
D20182085981
6.  
MOHD HARITH NAZMI BIN ANDRI
D20182086701

PENSYARAH:
DR AZIZAH BINTI ZAIN

SLIDE KUMPULAN




PENGENALAN
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti olehgolongan atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikanawal kanak-kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yangkurang berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secaraoptimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan inisesuai dengan pendapat Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkatderia motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Padaperingkat ini kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya tentang objek,sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa.
Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated.Biasanya kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak akan lebih komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana kanak-kanak mudahuntuk menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Selain itu kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaianakademik yang lebih baik semasa di tahun pertama persekolahan (Halim, 1989). Penyataan ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (1980-1989) yang mendapatibahawa kanak-kank yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebihbersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.Pendidikan prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada satu kurikulum iaituKurikulumStandard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010). Kurikulum inimerupakan satu dokumen rujukan yang penting kepada pengusaha dan pendidikan diperingkat awal





TADIKA DAN TASKA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK
Taska bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak yang menerima pendaftaran 10 orang atau lebih kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun.Perkhidmatan ini boleh dilaksanakan mengikut kadar jam, separuh hari dan sepanjang hari bergantung kepada kesesuaian waktu ibu bapa bekerja dan masyarakat setempat. Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di integrasiakan dengan kurikulum prasekolah kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia digunakan sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran. Antara kompenan pembelajaran tersebut ialah bahasa dan komunikasi, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan kognitif, perkembangan sosioemosi, perkembangan perkembangan fizikal dan kreativiti estetika. Setiap taska mempunyai pelbagai jenis aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak untuk menggalakkan tumbesaran otak cerdas serta badan cergas. Oleh itu, makanan yang seimbang juga akan diberikan kepada kanak-kanak sepanjang mereka berada di taska supaya mereka memperolehi khasiat yang secukupnya.
            Tadika membawa maksud taman didikan kanak-kanak yang beroperasi berpandukan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kanak-kanak yang mendaftar kebiasaannya berumur antara empat hingga enam tahun dan berjumlah seramai 25 orang dalam sesebuah tadika. Tempoh pengajaran dan pembelajaran tidak kurang daripada tiga jam sehari dalam lima hari seminggu. Manakala tabika pula bermaksud taman bimbingan kanak-kanak . Tabika iaitu program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Konsep yang digunakan ialah belajar melalui bermain  yang sering diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep ini telah dikembangkan kepada menguasai kemahiran  membaca, menulis, mengira dan menaakul yang bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah di masa hadapan.




JENIS PROGRAM YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA


Kerajaan
1. Tadika Kemas
2. Tadika Perpaduan
3. Tadika Pasti
4. Tadika Permata

Swasta
1. Kinderkaizen
2. Smart reader
3. Little caliphs
4. Big apple

Tadika Perpaduan
Program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Perpaduan selalu nya banyak dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim RukunTetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi
Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibubapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman di antara mereka.

Tadika Kemas
Tadika Kemas disediakan khusus untuk kanak-kanak diluar Bandar untuk mendapatkan pendidikan seawal usia 4 tahun. Konsep pembelajaran yang digunakan adalah “belajar sambil bermain”. Menakankan aspek 4M iaitu membaca,menulis,mengira dan menaakul.


Tadika Permata
Tadika Permata ditubuhkan bagi mengembangkan potensi setiap kanak-kanak seimbang secara holistic dari segi JERIS seiring dengan FPK. Proses pembelajaran awal 4 tahun untuk menjamin kualiti dan suasan pembelajaran yang menyeronokkan.

Tadika Pasti
Pasti ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang mencintai pendidikan Islam.Memainkan peranan yang pentingdalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. PASTI mempunyai visinya yang tersendiri, iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh Kurikulum PASTI juga dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Swasta
Terdapat pelbagai jenis tadika bak cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Tadika-tadika swasta ini kebanyakkannya menggunakan kurikulum mereka yang tersendiri. Seperti kebiasaan tadika kerajaan, namun tadika swasta ini mengenakan bayaran yuran mereka yang tersendiri. Tadika-tadika yang terkena lantaranya adalah Little Caliphs, Smart Reader Kids, Kinderkaizendan Big Apple.

Little Caliphs
https://drive.google.com/open?id=1wJRWeWEqiFIvThYeQHDBOxrZGawVfIi5

Kinderkaizen
https://drive.google.com/open?id=1FDndVFeQvF1G6B5tu999FsJlvHSuH8PQ

Smart Reader Kids
https://drive.google.com/open?id=0B8mrU09AzrGcRTR3RUhLOVk4czRjN2Q2cnh6YlAzY3NHeXdR

Big Apple
https://drive.google.com/open?id=0B8mrU09AzrGcbm44YzZkeEFMOEFoYVQ0X3FIaDZRMjlwOWRj



ISU DAN CABARAN
Kebanyakkan rakyat Malaysia telah menghantar anak mereka masuk ke institusi pendidikan seawal usia lima hingga enam tahun. Terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Kemudian wujud satu lagi institusi pendidikan yang agak ‘veteran’ Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI, dibawah kelolaan Parti Islam Malaysia.
Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan usaha mendidik anak-anak seawal usia 5 tahun kepada institusi awal kanak-kanak. Jarang sekali anak-anak di Malaysia masuk ke alam sekolah rendah tanpa melalui proses pembelajaran awal di TASKA atau TABIKA. Ibu bapa masa kini kekurangan masa untuk mendidik sepenuhnya anak-anak mengikut acuan pembelajaran yang ibu bapa tersebut inginkan. Justeru lahirlah pelbagai isu dan cabaran dalam pendidikan awal kanak-kanak terutamanya dalam didikan agama islam.
( a ) Kurangnya pengetahuan dalam cara kehidupan sebagai muslim. 
Disebabkan ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika yang lebih menekankan Pendidikan duniawi berbanding keagamaan, anak-anak masa kini lebih pandai dalam subjek-subjek sains berbanding subjek yang berkaitan dengan agama. Ia akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mempraktikkan kewajipan sebagai seorang muslim. Biarpun di usia yang masih kecil, asas seorang muslim itu seharusnya ditanam supaya apabila dewasa kanak-kanak tersebut akan mampu menjadi individu muslim yang sebenar.    
( b ) Kesukaran menguasai konsep nombor dan huruf dalam tulisan jawi 
Antara isu dan cabaran yang perlu dihadapi adalah untuk menguasai huruf jawi dan konsep nombor dalam tulisan jawi merupakan  salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah terutamanya kanak-kanak yang beragama islam. Sebagai seorang yang beragama islam, menguasai pembelajaran tulisan jawi dan arab adalah penting kerana ianya memainkan peranan penting dalam memahami kitab utama umat islam iaitu Al-quran. Selain itu, juga huruf jawi adalah tulisan yang diolah daripada Bahasa Arab sendiri dan diilhamkan oleh nenek moyang kita dahulu kala dan penting untuk pastikan ianya tidak hilang di telan arus zama. Namun begitu, didapati ramai anak-anak kecil yang masih tidak boleh mengenal dan menyebut huruf dan nombor tersebut dan semestinya ia mendatangkan kebimbangan buat kita.

Journal Isu dan Cabaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak 

https://www.researchgate.net/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAK-KANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI



CARA MENGATASI
( a ) Meningkatkan kesedaran kepentingan Pendidikan islam di peringkat awal kanak-kanak
Untuk meningkatkan kesedaran kepentingan Pendidikan islam di peringkat usia yang awal, institusi Pendidikan kanak-kanak perlu mengadakan program-program seperti kem bijak solat, tulisan khat dan jawi serta syarahan dan bercerita di mana kesemua program tersebut akan menonjolkan potensi kanak-kanak tersebut biarpun di usia yang sangat muda. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan penuh kepada pihak tadika supaya mereka lebih bersemangat untuk mengadakan lebih banyak program yang bermanfaat.
( b ) Memartabatkan Pendidikan awal kanak-kanak islam berterusan prinsip Sunnah Wal Jamaah.
Umum ketahui bahawa umat islam di Malaysia majoritinya berpegangan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan anasir-ansir seperti syi’ah, wahabi, islam liberal, khawarij dan banyak lagi patut disekat. Golongan target mereka adalah anak-anak muda kerana mereka lebih senang dipengaruh dan dicorak pemikiran mereka. Oleh itu, kedua-dua kerajaan dan pihak swasta perlu menghasilkan modul pendidikan yang berteraskan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah.
( c) Mewakili dan memperjuangkan isu-isu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak islam yang bersesuaian dengan masyarakat Malaysia.
Tadika, tabika dan PASTI adalah agensi pendidikan yang sesuai untuk memperjuangkan hak-hak serta isu pendidikan awal kanak-kanak khususnya kanak-kanak muslim kerana institusi pendidikan mereka dihuni oleh kanak-kanak yang purata umur diantara 4-6 tahun. Jadi semestinya mereka mampu membahaskan isu-isu tersebut dengan baik.
( d ) Meningkatkan kesedaran kepentingan Pendidikan islam di peringkat awal kanak-kanak
Pihak kerajaan dan swasta juga perlu memantau dan memastikan kokurikulum yang diguna pakai setiap tadika di seluruh Malaysia mengikut piawaian yang seragam supaya tidak timbul isu seperti taraf pendidikan yang berbeza-beza ataupun kokurikulum yang tidak seragam ataupun isu kecederaan hasil kecuaian pengasuh. Ini sememangnya penting bagi memastikan kelangsungan institusi tadika di Malaysia untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang.



KEPENTINGAN KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi segala cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan. Di prasekolah, kanak-kanak akan terdedah kepada pembelajaran nombor, huruf dan bentuk, yang merupakan perkara-perkara asas yang akan mereka aplikasikan didalam kehidupan. Selain itu, kanak-kanak juga akan belajar cara bersosial dengan rakan sebaya, mahupun orang yang lebih besar dari mereka (guru). Contohnya, semasa sesi bulatan (di prasekolah), kanak-kanak akan belajar untuk bergaul, berkongsi dan bertolak-ansur dengan rakan-rakan.
Disamping itu, pada peringkat umur ini juga merupakan peringkat yang utama dan paling pesat dalam perkembangan kognitif kanak-kanak (2-6 tahun) berbanding dengan peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mengembangkan pengetahuan asas mereka berkaitan dengan pengetahuan tentang objek, sebab musabab sesuatu perkara, ruang, masa dan sebagainya. Pengetahuan asas ini juga merupakan salah satu elemen penting dalam perkembangan hidup kanak-kanak tersebut. Ramai pakar kanak-kanak bersetuju bahawa dengan adanya pendidikan di peringkat awal kanak-kanak, ia dapat membantu mereka dalam membuat persediaan sebelum melangkah ke alam sekolah rendah. Malah, banyak juga kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak pelajari banyak perkara di taska dan tadika.
Tambahan pula, 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Hal ini kerana, sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat. Ahli psikologi mengatakan bahawa waktu awal usia adalah masa yang paling baik untuk seseorang kanak-kanak itu belajar. Dalam tempoh masa ini, minda kanak-kanak mengambil segala input dan memproses maklumat pada kadar yang lebih cepat daripada peringkat umur lain. Pakar psikologi mengatakan bahawa masa ini adalah amat penting kerana, ia merupakan fasa kanak-kanak itu belajar untuk bersosial dan memproses kemahiran asas belajar mereka.
Akhir sekali, dari segi aspek sosial, kanak-kanak juga akan belajar cara menghormati orang dan penyelesaian masalah. Di prasekolah, mereka menyediakan tempat untuk kanak-kanak itu mengenal diri mereka, dengan cara mengembangkan karakter positif dan meningkatkan keyakinan diri. Malah, jika kita perhatikan, ketika kanak-kanak di usia empat hingga lima tahun mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan sering bertanyakan perkara-perkara yang terdapat di sekeliling mereka. Sebagai contoh, “mengapa burung terbang atau bagaimana ikan boleh hidup di dalam air?”. Kesimpulannya,terdapat banyak kepentingan konsep pendidikan awal kanak-kanak yang mereka akan dapat di taska, tadika dan prasekolah terutamanya perkara yang berkaitan dengan pembelajaran kendiri.

Video Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=eUX1mBmAJtc&t=75s



Komponen pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia
komponen pembelajaran adalah beberapa komponen yang saling berkaitan antara satu sama lain yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pembelajaran, terdapat komponen yang berkaitan dengan proses pembelajaran, iaitu:

1. Kurikulum
Secara etimologi, kurikulum berasal dari bahasa Yunani, curir yang bermaksud "pelari" dan lurus yang bermaksud "tempat untuk berlumba".iaitu jarak yang mesti dilalui oleh pelari dari garis permulaan ke garisan penamat. Dalam istilah, istilah kurikulum membayangkan sejumlah pengetahuan atau subjek yang mesti diambil atau diselesaikan oleh pelajar untuk mencapai sesuatu tahap.Memahami kurikulum secara luas bukan sahaja dalam bentuk subjek atau bidang pembelajaran dan aktiviti pembelajaran pelajar, tetapi juga segala yang mempengaruhi pembentukan pelajar peribadi sesuai dengan tujuan pendidikan yang diharapkan. Sebagai contoh kemudahan tadika, persekitaran yang selamat, suasana keintiman dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media dan sumber pembelajaran yang mencukupi.
Kurikulum sebagai reka bentuk pendidikan mempunyai kedudukan yang sangat strategik dalam semua aspek aktiviti pendidikan.Memandangkan kepentingan peranan kurikulum dalam pendidikan dan pembangunan kehidupan manusia, penyediaan kurikulum tidak boleh dilakukan tanpa menggunakan asas yang kukuh dan kuat.

2. Guru
Kata Guru berasal dari "guru" Sanskrit yang juga bermaksud guru, tetapi makna literal adalah "berat" yang merupakan seorang guru sains. Dalam bahasa Malaysia, guru umumnya merujuk kepada pendidik profesional dengan tugas utama untuk mendidik, mengajar, membimbing, mengarah, melatih, dan menilai pelajar.
Dalam masyarakat, dari yang paling mundur ke yang paling maju, guru memainkan peranan penting. Guru adalah salah satu pembentuk utama calon ahli komuniti. Peranan guru bukan sahaja terhad kepada pengajaran (penyampaian sains), tetapi juga sebagai panduan, pemaju, dan pengurus aktiviti pembelajaran yang dapat memudahkan aktiviti pembelajaran murid dalam mencapai matlamat.
3. Pelajar
Pelajar biasanya digunakan untuk seseorang yang mengambil program pendidikan di sekolah atau institusi pendidikan lain, di bawah bimbingan seorang guru atau beberapa guru. Dalam konteks agama para pelajar digunakan sebagai istilah untuk seseorang yang mengikuti bimbingan seorang yang bijak.Walau bagaimanapun, pelajar tidak semestinya dianggap sebagai objek pembelajaran yang tidak tahu apa-apa.Dia mempunyai latar belakang, minat dan keperluan serta kebolehan yang berlainan. Bagi pelajar, sebagai pengaruh yang berpengaruh dalam bentuk pengetahuan atau kebolehan diterapkan dalam bidang lain sebagai pemindahan pembelajaran yang akan membantu perkembangan mereka.

4. Kaedah
Kaedah pembelajaran adalah cara yang boleh dilakukan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, kaedah ini termasuk:
·         Kaedah kuliah adalah kaedah pengajaran dengan menyampaikan maklumat dan pengetahuan secara lisan kepada sebilangan pelajar.
·         Kaedah Soalan adalah kaedah yang digunakan guru dengan menyoal pelajar dan pelajar menjawab, atau sebaliknya pelajar menyoal guru dan guru menjawab soalan pelajar.
·         Kaedah Diskusi dapat ditafsirkan sebagai taktik "penyampaian" bahan pengajaran yang melibatkan pelajar untuk membincangkan dan mencari penyelesaian alternatif kepada topik yang bermasalah.
·         Kaedah demonstrasi adalah kaedah pengajaran dengan menunjukkan barang, peristiwa, peraturan, dan urutan menjalankan aktiviti, secara langsung dan melalui penggunaan media pembelajaran yang berkaitan dengan subjek atau bahan yang dibentangkan.
·         Kaedah eksperimen adalah kaedah atau cara di mana guru dan pelajar bekerjasama dalam latihan atau eksperimen untuk menentukan kesan atau kesan tindakan.


5. Bahan
Bahan juga merupakan salah satu penentu penglibatan pelajar. Ciri-ciri bahan yang baik menurut Hutchinson dan Waters adalah:
·         Kewujudan teks yang menarik.
·         Kewujudan aktiviti atau aktiviti yang menyeronokkan dan termasuk kemahiran berfikir pelajar.
·         Beri pelajar peluang untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki.
·         Bahan yang dikuasai oleh kedua-dua pelajar dan guru.
Dalam aktiviti pembelajaran, bahan itu mesti dirancang sedemikian rupa sehingga sesuai untuk mencapai objektif dengan memperhatikan komponen lain, terutama komponen pelajar yang menjadi pusat.Pilihan bahan mesti benar-benar dapat memberikan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

6. Alat Belajar (Media)
Kata media berasal dari bahasa Latin dan merupakan bentuk jamak "medium" yang secara harfiah bermaksud perantara atau pengenalan.Jadi media adalah perantara atau mesej penghantaran dari pengirim kepada penerima mesej.Media pembelajaran adalah perisian (software) atau perkakasan (alat keras) yang berfungsi sebagai alat pembelajaran atau bantuan pembelajaran.

7. Penilaian
Penilaian istilah berasal dari Bahasa Inggeris, iaitu "Penilaian". Menurut Wand dan Brown, penilaian adalah tindakan atau proses untuk menentukan nilai sesuatu. Terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa penilaian adalah aktiviti mengumpul data seluas mungkin, sejauh mungkin berkaitan dengan keupayaan pelajar, untuk mengetahui sebab-sebab dan hasil pembelajaran pelajar yang dapat menggalakkan dan mengembangkan kemampuan belajar

Kesimpulan

Daripada apa yang telah dilihat dan dikaji, penekanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak sangat penting pada masa sekarang. Kalau dahulu, kanak-kanak dihantar terus ke sekolah tanpa melalui fasa pendidikan prasekolah, tetapi situasi kini sangat berubah. Bahkan dikatakan kanak-kanak itu keciciran pelajaran jika tidak dihantar ke tadika-tadika yang ada di negara ini. Ini menunjukkan perlunya ada satu sistem yang boleh dijadikan panduan kepada pendidikan prasekolah berasaskan falsafah yang telah digariskan dan mencapai objektif kepada pendidikan awal kanak-kanak. Cuma, persoalannya acuan mana perlu diikut, dan bersesuaian dengan pegangan agama kita, agama Islam. Seharusnya kanak-kanak dicorak dengan nilai-nilai adab Islam dan budaya ketimuran sekalipun berdepan dengan era globalisasi. Tanamkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih kerana mereka merupakan generasi pelapis kita pada masa hadapan. Mereka memang perlu dididik menjadi generasi ulul albab yang boleh mencorak masa depan mereka menjadi pemimpin yang ulung dan khalifah yang baik untuk menjaga amanah Allah di bumi ini.
Berdasarkan pendidkan awal kanak-kanak yng ada di Malaysia, seharusnya ada keseragaman antara semua tadika di Malaysia untuk mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara. Walaupun berlainan nama pada tadika, seharusnya semuanya mengikut matlamat yang telah termaktub dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan prasekolah harus dibezakan dengan pendidikan sekolah kerana pada waktu usia tersebut, fitrah kanak-kanak masih ingin bermain, dan kurikulum yang digubal harus bersesuaian dengan fitrah tersebut, begitu juga dalam penggubalan buku teks dan penilaian peperiksaan. Perancangan dan tindakan yang betul dalam pendidikan generasi awal pertumbuhan manusia harus dijaga dan diselidiki supaya tidak mendatangkan musibah kepada perkembanganfizikal, intelek, emosi dan rohani kanak-kanak tersebut. Penyerapan nilai-nilai yang baik harus dititikberatkan pada peringkat awal pendidikan kanak-kanak, dan tidak menjurus kepada aspek peperiksaan. Begitu juga, pembelajaran bahasa dan pemerolehan bahasa harus dibentuk sebaik mungkin supaya tiada kecelaruan antara bahasa ibunda dan bahasa kedua.

Semoga gagasan ke arah transformasi pendidikan negara menjadi satu kenyataan dan bukan igauan semata-mata dengan sokongan setiap komuniti daripada ibu bapa, guru dansekolah untuk membentuk generasi cemerlang dunia dan akhirat.


SOALAN  : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA


1. Senaraikan institusi tadika Kerajaan yang anda ketahui?

2. Apakah kepentingan utama Pendidikan Awal Kanak- kanak di Malaysia?

3. Senaraikan 3 komponan pembelajaran yang anda ketahui?

4. Nyatakan 3 isu serta cabaran dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia?

5. Nyatakan 2 ciri di taska dan tadika yang anda ketahui?

AKTA PENDIDIKAN 1996 (KUMPULAN 1)


TAYANGAN SLAID BERKENAAN DENGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

PENGENALAN AKTA PENDIDIKAN 1996


Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.


Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN AKTA PENDIDIKAN 1996 
DAN AKTA PELAJARAN 1961


AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN

Latar Pembentukan Akta Pendidikan 1996 Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dan mengalami perubahan untuk membawa kepentingan negara pada peringkat global. Bagi terus memacu kepesatan perkembangan pendidikan pada peringkat dunia maka Malaysia perlu ada acuannya yang tersendiri. Oleh itu beberapa akta berkaitan dengan pendidikan telah dibentuk, termasuklah Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 dan Akta Majlis Pendidikan Negara 1996 serta Akta Universlti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996. Langkah mengimplementasikan akta-akta tersebut menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara semakin dipengaruhi dan tertakluk kepada undang-undang dengan lebih khusus. Di samping itu, institusi pendidikan kebangsaan semakin dipengaruhi oleh satu rangka perundangan yang berbentuk kompleks. Hal ini kerana mahkamah telah dihadapi dengan kes seperti pengawalan kurikulum, disiplin, kuasa guru dan kecuaian. 

Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Mukadimah Akta Pelajaran 1961 menegaskan bahawa matlamat utama Dasar Pendidikan Negara pada masa itu ialah untuk menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Prinsip umum Akta Pelajaran 1961 adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di mana akta tersebut digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang sama, pertimbangan juga diberi kepada kehendak ibubapa semasa akta tersebut dilaksanakan. Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal dilaksanakan dengan berkesan. 

Menjelang abad ke-21, era digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan meluas dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. Suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk membantu melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru contohnya lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh ruang siber. Selaras dengan perkembangan ini, peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta S Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan 3 Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Akta tersebut telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996 (juga dikenali sebagai Akta 550). Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seragam dan berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di dalam RMK-7 (1996-2000) dinyatakan: 

“….. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the regulatory framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted. Among others, the Act will strengthen the concept oj a national system oj education by including all levels and types of education and bringing within its ambit, pre-school, post-secondary and special education. At the primary and secondary levels, public and private educational institutions will be required to use thenational curriculum.” 

Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pentingnya menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni diakui membantu melengkapkan masyarakat dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan negara hanya dapat dicapai melalui pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah di mana tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun (seksyen 29). Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa Menteri Pendidikan seperti dalam tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk menyelia, mengawas dan mengawal tahap pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperluaskan bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh Menteri Pendidikan dalam berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan juga telah meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen 54), membuat peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang merupakan hak mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Parlimen. 

Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan adalah diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa pembangunan pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang diambil adalah berasaskan keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu, tingkahlaku Menteri bukan seperti yang telah dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free standing nism acting on the education system of his own motion as a free agent. Perundingan di antara beberapa kumpulan pakar dengan koordinasi tertentu sebelum sesuatu tindakan diambil. Ia memerlukan satu tempoh masa yang panjang dan komitmen yang tinggi. Rundingan dan kordinasi antara individu dalam melaksanakan dasar pendidikan bermakna pendapat bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh jabatan yang lain adalah tidak munasabah.

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996



AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) 


VIDEO BERKAITAN DENGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Wednesday, May 15, 2019

KUMPULAN 6 - FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1. Slide PowerPoint




2. Pengenalan kepada Falsafah




3. Artikel/Jurnal yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak




4. Youtube







5. Soalan-soalan tentang Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

a) Apakah sebab seorang guru perlu mengetahui Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

b) Bagaimana mahu menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak yang profesional?

c) Terangkan maksud Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut kefahaman anda yang bakal menjadi seorang guru.

d) Bagaimanakah untuk membina falsafah pendidikan sendiri?

e) Apakah kepentingan dalam membina falsafah pendidikan pada seorang guru?


TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (KUMPULAN 5)


Group 3 ( Akta Taman Asuhan )


https://drive.google.com/open?id=1XBeBzLGVPzrkD2Lj1F6a-ZyLxh3XH9E5

Isu semasa:
See the source image
Jurnal:
http://journalarticle.ukm.my/8185/1/36-43_Noor_Aini.UPSI.pdf

Pengenalan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak
http://gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf

Soalan :
1) Apakah yang dimaksudkan dengan Taska?
2) Apakah objektif Taska?
3) Apakah kategori Taman Asuhan kanak-kanak?
4) Apakah kepentingan dan tujuan Akta Asuhan Kanak-kanak?
 
5) Apakah kemudahan fizikal yang terdapat di dalam taska?

Suasana pembelajaran di dalam kelas:


Isu Penderaan di dalam taska:

Sunday, May 12, 2019

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA (KUMPULAN 7)




KAA 3053

Tajuk : Pendidikan Awal Kanak-kanak Di Luar Negara

No
Nama
No. Kad Matrik
1
Ita anak dublin
D20182085096
2
Chia Yong Wei
D20182085993
3
Elvinia Sim
D20182085095
4
Clare Michael
D20182085102
5
Siti Norhafizah Binti Zepri
D20182085063
6
Laivianneysa Damius
D20182085264



PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA

Suasana Sekolah Kanak-kanak di Luar negara





Sumber Rujukan

1. BLOGSPOT






Soalan Blog : Pendidikan awal kanak-kanak di luar negara.



  1. Berikan contoh negara-negara yang menubuhkan atau melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak?
  2. Perbezaan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan luar negara.Bincangkan.
  3. Apakah perbezaan hak kanak-kanak di dalam dan luar negara?
  4. Jelaskan cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza antara Malaysia dengan luar negara.
  5. Nyatakan dan jelaskan tokoh atau model-model pendidikan awal kanak-kanak yang ada di luar negara.


PENGENALAN
Penulisan blog ini telah dijalankan secara terperinci bagi menimbulkan serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkat tadika/prasekolah yang berada di luar negara. Seperti mana yang kita mengetahui, Pendidikan Prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke-19 dan di Amerika pada abad ke-20. Antara ahli falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel merupakan orang pertama yang mendirikan tadika di dunia iaitu Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu sebagai ‘Kindergarten’ yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Manakala Amerika Syarikat, prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala, kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan dunia kedua. Pada tahun 1900an,
 prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja.

Objektif  Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
a) Menyatakan negara luar yang ada Pendidikan Awal Kanak-kanak.
b) Mengetahui perbezaan sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia dengan negara luar.
c) Menyatakan model pendidikan awal kanak-kanak di luar negara.
d) Menjelaskan tentang cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza antara Malaysia dengan
    negara luar.


 Perbezaan Sistem Pakk Di Dalam Dan Luar Negara

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DALAM NEGARA
Aspek
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LUAR NEGARA
Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil.
Matlamat
Pembentukan individu menekankan perkembangan intelektual secara umum terhadap sesuatu  subjek
PERMATA hanya menerima kanak-kanak yang berwarganera Malaysia.
Kanak-kanak di PERMATA diambil daripada kanak-kanak yang sihat tubuh badan sahaja bukan mengalami masalah penyakit kornik atau Kekerangan upaya.
Cara pengambilan kanak-kanak
HEAD START membolehkan semua warganegara memasuki sekolah tetapi dengan syarat penduduk yang bukan warganegara mestilah tinggal di USA melebihi 5 hingga 6 tahun.
Head Start yang hanya mengambil pelajar yang kurang upaya untuk didedahkan dengan pembelajaran yang berguna.
PERMATA
adalah bermula daripada 0 hingga 4 tahun
Prasekolah adalah 5-6 tahun
Taska adalah antara 2-4 tahun
Tadika adalah antara 4-6 tahun
Tahap umur kanak-kanak
HEAD START adalah kanak-kanak bermula daripada 3 hingga 6 tahun.
Montessori adalah kanak-kanak berumur daripada 2-4 tahun.
Regio Emillio adalah kanak-kanak antara 3-6 tahun.
PERMATA
syarat  pengambilan mestilah dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Syarat pengambilan kanak-kanak
HEAD START
Mengambil kanak-kanak terbiar di luar untuk menjamin masa depan mereka.
      TADIKA
      TABIKA
      TASKA
      PASTI
      KEMAS
      PERMATA
Program
      Head Start
      Sure Start
      PendekatanRegio Emilio
      Model Montessori
      High scope
      Frobelian

MALAYSIA
USA
UK
Asuhan Kanak-Kanak
(bawah 4 tahun)
Nursery (bawah 3 tahun)
Day Care
Preschool(3-4/5 tahun)
Prasekolah (4-6 tahun)
Kindergarten (5- tahun)
Nursery (3-4 tahun)
Sekolah Rendah (7-12 tahun)
Primary (6-12 tahun)
Reception/ year 1(5 tahun)


Skop pendidikan Awal kanak-kanak (ECE) di Malaysia merangkumi asuhan , pendidikan formal dan tidak formal.

Maksud Pengajaran
·         menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat.
·         Menghormati kanak-kanak dan remaja.
·         Membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang

Antara cara pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak diMalaysia :
1.Belajar melalui bermain
·         Proses pembelajaran dijaalankan secara tidak formal
·         Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan hakus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin

2. Merangsang naluri ingin tahu.
·         Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan sesuatu pelajaran.
·         Guru dapat merangsang naluri ingin tahu  kanak-kanak melalui pemerhatian, klasifikasi, eksperimen, menjangka, menyoal, penyelidikan dan komunikasi.

3. Perkembangan menyeluruh
·         Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif.
·         Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual.

4. Penerapan nilai murni
·         Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni
·         Terdapat 16 nilai-nilai untuk Pendidikan moral dan Kerohanian yang telah dinyatakan dalam Buku Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah ketuhanan, baik hati, berdikari, kerjasama dan sebagainya.

5.Kreativiti
·         Guru memainkan peranan penting bagi membina kreativiti kanak-kanak.
·         Sikap guru adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativii kanak-kanak.

Skop pendidikan awal kanak-kanak di Amerika syarikat (Program Head Start) mengamalkan Amalan Bersesuaian Perkembangan kanak-kanak yang disarankan oleh Persatuan Pendidikan Kanak-kanak Kebangsaan (Bredekamp & Copple, 1997).

Maksud pembelajaran
·         Perihal pemerolehan, atau pengubahsuaian
·     Pengukuhan bagi pengetahuan,tingkah laku, kemahiran, nilai, atau keutamaan yang baharu atau sedia ada.

Antara cara-cara pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak di Amerika Syarikat :
1. Menggunakan kurikulum komprehensif yang mampu mneyediakan kanak-knak ke sekolah rendah kelak.

2. Memperkenalkan Program Strategik pendidikan untuk Guru (STEP).
·       -  memberi asas pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak
·       -  Mengkordinasikan kemahiran guru-guru di sekolah kerajaan dan swasta.

3. Melaksanakan program lawatan ke rumah untuk membantu para ibu bapa.

4. Menyediakan beberapa kemudahan untuk kanak-kanak dan keluarga seperti perkhidmatan kilinik kesihatan, kesihatan mental, nutrisi, perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas, perpustakaan, muzium, dan perniagaan yang boleh membantu ekonomi keluarga.


Model-Model Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Luar Negara

Pada peringkat awal (abad 18), orang Amerika Syarikat lebih mementingkan penerokaan dan mencari tempat tinggal. Namun, muncul pemerdagangan kanak-kanak. Hal ini kerana mereka mempercayai kanak-kanak tidak boleh dibiarkan duduk diam tanpa membuat kerja. Sesetengah tempat di Amerika Syarikat menerima kanak-kanak tanpa keluarga dari Eropah sebagai hamba atau printis untuk mengelakkan masyarakat Eropah menanggng kebajikannya.

Pada tahun 1848, sistem pendidikan yang mengubah corak pendidikan kanak-kanak di Amerika telah dibawa oleh Carl Schurz dan isterinya dari negara Jerman. Carl Schurz telah membuka tadika yang pertama dan berbahasa Jerman di Wisconsin pada tahun 1855. Hal ini telah menarik minat Elizabeth Peabody. Pada tahun 1860, Elizabeth Peabody telah membuka tadika persendirian yang pertama dan berbahasa English di Boston, Massachusetts. Namun, pertubuhan pendidikan awal kanak-kanak di Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak yang dari golongan yang berada sahaja manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Seterusnya, pada tahun 1873, Susan Blow membuka tadika pertama di St.Lois Missuori.

Antara contoh-contoh model pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang pertama ialah Model Head Start. Pada tahun 1965, kerajaan Amerika Syarikat telah memperkenalkan program Head Start. Head Start merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang utama (Federal Programme) diperkenalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1965. Sejak ditubuhkan sehingga tahun 2003, Head start telah memberi perkhidmatan kepada 21 juta kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari aspek ekonomi. Di awalnya ia merupakan program pada musim panas dan akhirnya berkembang menjadi sebuah program yang komprehesif untuk kanak-kanak. Head start mendapat sokongan dan galakan dari yang kuat dari pembuat dasar di Amerika Syarikat. Menurut Zigler dan Muenchow 1992,Head Start dikenali sebagai “ the most important social and educational experiment of the second half of the twentieth century”.            

Head Start mempunyai objektif yang luas dalam perkembangan dan hasil pembelajaran bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Empat domain utama yang ditekankan ialah sosial, emosi,kognitif dan fizikal. Head start cuba menghasilkan kanak-kanak yang berkembang secara menyeluruh. Di samping itu matlamat utama program Head Start ialah membina kesediaan kanak-kanak ke sekolah dengan cara meningkatkan perkembangan kognitif dan sosial melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan, nutrisi, sosial dan keperluan lain yang dirasakan perlu.

Beberapa penambahbaikan program telah dibuat seperti penggunaan standard prestasi yang bertujuan memastikan kanak-kanak mencapai standard minimum yang diharapkan iaitu menguasai fonem dalam bahasa, bahan bercetak,numerasi, komunikasi dengan baik, dapat menggunakan perbendaharaan kata dengan baik dan menguasai bahasa inggeris dengan baik bagi kanak-kanak yang menggunakannya sebagai bahasa ke dua. Pada tahun 2000, Biro Head start telah memperkenalkan Child Outcome Framework yang mengandungi 8 domain utama, 27 domain elemen 100 indikator kemahiran,kemampuan, pengetahuan dan tingkahlaku untuk kanak-kanak berumur 3 – 5 tahun.

Model yang kedua ialah Model Bank Street. Program Bank Street diperkembangkan oleh Sprague Mitchell, Carroline Pratt dan Harrier Johnson. Ketiga-tiga tokoh dalam program ini telah mewujudkan Play School sebagai sekolah pengasuhan pertama di Amerika Syarikat. Tujuan Model Bank Streer ialah untuk mengembangkan seluruh aspek perkembangan kanak-kanak merangkumi (fizikal, emosi, sosial, dan kognitif). Bank Street adalah program yang mengikut prinsip-prinsip pembelajaran iaitu pertama, berdasarkan persekitaran yang menjadi keutamaan untuk memotivasikan manusia dan kedua, kanak-kanak mesti berinteraksi dengan persekitaran mereka secara fizikal dan sosial dan mentafsir pendapat mereka sendiri untuk mengekalkan pendidikan sepanjang hayat. Selain daripada itu, tujuan Model Bank Street ialah unutk berkongsi tanggungjawab dengan anak dan masyarakat malahan untuk mengembangkan kompetensi dan motivasi untuk menggunakan kemampuan anak mengembangkan kemandirian dan peribadi anak. Seterusnya, tujuan Model Bank Street ini ialah untuk mengembangkan hubungan sosial dengan kepedulian terhadap orang lain dan likungan dang untuk mengembangkan kreativiti, dan menggalakkan integriti dan hubungan.

Selain itu, model yang ketiga ialah model Reggio Emilia. Pada tahun 1990, program Reggio Emilia telah bermula berkembang dari Italy ke Amerika Syarikat. Pendekatan Reggio Emilia merupakan falsafah pendidikan yang memberi tumpuan kepada pendidikan prasekolah  dan sekolah rendah. Pendekatan ini telah diasaskan oleh Loris Malaguzzi dan ibu bapa di kampung-kampung di sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II melalui kemusnahan dari peperangan itu, ibu bapa percaya, kanak-kanak memerlukan pendidikan yang baru iaitu pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Ibu bapa juga menganggap bahawa pembangunan awal kanak-kanak ialah untuk membentuk diri mereka sebagai individu.

Oleh itu , Loris telah membawa kepada penciptaan program yang berdasarkan prinsip hormat, tanggungjawab, dan kemasyarakatan melalui konsep ‘penerokaan dan penemuan’ dalam persekitaran yang menyokong berdasarkan kepentingan kanak-kanak melalui kurikulum ‘self-guided’. Natijahnya, model Reggio Emilia ini adalah mewujudkan keadaan pembelajaran yang akan menggalakkan dan memudahkan anak untuk membina kekuatan berfikirnya sendiri melalui penggabungan seluruh bahasa ekspresif, komunikatif, dan kognitifnya. (Edward & Forman, 1993).

Akhir sekali ialah model Montessori. Maria Montesssori dilahirkan di Chiaravalle, Itally pada tahun 1870. Beliau merupakan doktor perempuan pertama di Itali. Namun begitu, beliau begitu tertarik dengan cara  kanak-kanak belajar. Justeru itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan falsafah.

Pendekatan berinovasi Dr Maria Montessori adalah “Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru, mencari potensi yang terdapat kepada seseorang manusia.” Keberkesanan kaedah pengajaran Montessori telah di demonstrasi pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) yang menunjukkan kanak-kanak Montessori telah bertambah baik tingkah laku dan skil akademik di Montessori.

Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah kemudiannya dipraktikkan dengan jayanya keatas kanak-kanak dan ia adalah agak popular di banayk tempat di dunia. Walau dengan banyak kritikan pada kaedah beliau pada awal tahun 1930-an dan 1940-an, kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan dan telah bangkit semula. Ia kini boleh ditemui di enam benua dan seluruh Amerika Syarikat.

 Sebelum akhir tahun 1907, Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau Rumah Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Kaedah Montessori mula diperkenalkan di rumah kanak-kanak ini. Terdapat dua prinsip yang terkandung di dalam kedah ini iaitu, kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak ini juga lebih digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa. Prinsip kedua ialah kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri .Kedua-dua prinsip ini telah mengilhamkan usaha montessori dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran, dan latihan


KESIMPULAN

Tuntasnya, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk memberikan kemahiran asas seperti menulis, membaca, mengira dan menaakul yang lebih dikenali sebagai amalan 4M dalam pembelajaran bilik darjah. Hal ini demikian, merupakan satu langkah atau persediaan kepada kanak-kanak menuju ke peringkat persekolahan yang merupakan persekolahan formal di sekolah rendah. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh sesebuah model Prasekolah yang dilaksanakan oleh guru haruslah menarik minat kanak-kanak dan bersesuaian dengan tahap kognitif kanak-kanak. Tetapi, guru perlu memainkan peranan dalam mengaplikasikan kaedah aras pengajaran yang mengikuti piawaian sukatan yang telah ditetapkan dan dimaktubkan dalam KSPK. Selain itu, pendidikan prasekolah ini harus menwujudkan dan menghasilkan satu persekitaran yang ceria dan seronok supaya kanak-kanak dapat menwujudkan situasi pembelajaran yang bermakna. Di samping itu, kurikulum yang digunakan dalam sesebuah prasekolah haruslah dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi,  rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Pada tahap awal didikan kanak-kanak merupakan suatu cabaran untuk pendidik maka juga merupakan suatu pengalaman yang baru membolehkan kanak-kanak menerokai pada diri mereka. Di prasekolah luar negara juga menekankan bahawa skema yang diperolehi kanak-kanak akan disimpankan dari prasekolah sehingga menuju ke peringkat persekolahan. Secara holistiknya, tidak kira pendidikan awal kanak-kanak dalam negara atau luar negara juga bermatlamat menginteprestasikan kemahiran asas dalam penyelesaian masalah kepada kanak-kanak dalam mengasimilasi dan mengadaptasi skema yang diperolehi oleh kanak-kanak itu sendiri bagi menghasilkan keseimbangan tingkah laku terhadap diri sendiri supaya menjadi insan yang lebih harmonis dan   berketerampilan.









Akta Kanak-kanak 2001 (Kumpulan 2)

1) Slide 2) Jurnal  http://journalarticle.ukm.my/9853/1/Artkl_5_Kecuaian_dan_Pengabaian_Kanak-kanak_oleh_Ibu_Bapa_Kedudukannya_di_ba...