UNIVERSITI
SULTAN IDRIS
FAKULTI
PEMBANGUNAN MANUSIA
IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
KAA
3053
FALSAFAH,
POLISI DAN PRINSIP DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KUMPULAN:
B
KERJA KUMPULAN (8) :
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
BIL.
|
NAMA
|
NO. MATRIK
|
1.
|
NUR
IMANINA BINTI ZAKARIA
|
D20182085978
|
2.
|
NURDALILA
BINTI IBRAHIM
|
D20182085994
|
3.
|
SITI
KHATIJAH BINTI OSEN
|
D20182086702
|
4.
|
NOOR
SYAHIRAH BINTI NAWI
|
D20182085091
|
5.
|
NOR MASITH BINTI
MOHAMMAD HASBI TAN
|
D20182085981
|
6.
|
MOHD HARITH NAZMI BIN
ANDRI
|
D20182086701
|
PENSYARAH:
DR
AZIZAH BINTI ZAIN
SLIDE KUMPULAN
SLIDE KUMPULAN
PENGENALAN
Pendidikan awal
kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun
pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti olehgolongan
atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikanawal
kanak-kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yangkurang
berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan
awal kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak penting dan
perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secaraoptimum
berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan inisesuai
dengan pendapat Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkatderia
motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Padaperingkat
ini kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya tentang objek,sebab-sebab
sesuatu, ruang dan masa.
Pengetahuan ini menjadi
asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated.Biasanya
kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak akan lebih
komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana kanak-kanak mudahuntuk
menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Selain itu
kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih bersedia
untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan
pencapaianakademik yang lebih baik semasa di tahun pertama persekolahan (Halim,
1989). Penyataan ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (1980-1989) yang mendapatibahawa
kanak-kank yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebihbersedia untuk
mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.Pendidikan prasekolah di Malaysia
berlandaskan kepada satu kurikulum iaituKurikulumStandard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK, 2010). Kurikulum inimerupakan satu dokumen rujukan yang penting kepada
pengusaha dan pendidikan diperingkat awal
TADIKA
DAN TASKA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK
Taska bermaksud Taman
Asuhan Kanak-Kanak yang menerima pendaftaran 10 orang atau lebih kanak-kanak
yang berumur di bawah empat tahun.Perkhidmatan ini boleh dilaksanakan mengikut
kadar jam, separuh hari dan sepanjang hari bergantung kepada kesesuaian waktu ibu
bapa bekerja dan masyarakat setempat. Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang di integrasiakan dengan kurikulum prasekolah
kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia digunakan sebagai panduan
pengajaran dan pembelajaran. Antara kompenan pembelajaran tersebut ialah bahasa
dan komunikasi, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan kognitif,
perkembangan sosioemosi, perkembangan perkembangan fizikal dan kreativiti estetika.
Setiap taska mempunyai pelbagai jenis aktiviti yang bersesuaian dengan
peringkat umur kanak-kanak untuk menggalakkan tumbesaran otak cerdas serta
badan cergas. Oleh itu, makanan yang seimbang juga akan diberikan kepada
kanak-kanak sepanjang mereka berada di taska supaya mereka memperolehi khasiat
yang secukupnya.
Tadika
membawa maksud taman didikan kanak-kanak yang beroperasi berpandukan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan. Kanak-kanak yang mendaftar kebiasaannya berumur antara
empat hingga enam tahun dan berjumlah seramai 25 orang dalam sesebuah tadika.
Tempoh pengajaran dan pembelajaran tidak kurang daripada tiga jam sehari dalam
lima hari seminggu. Manakala tabika pula bermaksud taman bimbingan
kanak-kanak . Tabika
iaitu program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang
berumur empat hingga enam tahun. Konsep yang digunakan ialah belajar melalui
bermain yang sering diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak
iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep ini telah dikembangkan kepada
menguasai kemahiran membaca, menulis,
mengira dan menaakul yang bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada
kanak-kanak untuk menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan
mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah di masa hadapan.
JENIS PROGRAM YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN
DAN SWASTA
Kerajaan
1. Tadika Kemas
2. Tadika
Perpaduan
3. Tadika Pasti
4. Tadika
Permata
Swasta
1. Kinderkaizen
2. Smart reader
3. Little
caliphs
4. Big apple
Tadika Perpaduan
Program pendidikan prasekolah yang
disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur
dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Perpaduan selalu nya
banyak dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya
di kawasan yang mempunyai Skim RukunTetangga bertujuan untuk menyemai
nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi
Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang
kepada ibubapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi
meningkatkan lagi kesefahaman di antara mereka.
Tadika Kemas
Tadika Kemas disediakan khusus untuk
kanak-kanak diluar Bandar untuk mendapatkan pendidikan seawal usia 4 tahun.
Konsep pembelajaran yang digunakan adalah “belajar sambil bermain”. Menakankan
aspek 4M iaitu membaca,menulis,mengira dan menaakul.
Tadika Permata
Tadika Permata ditubuhkan bagi
mengembangkan potensi setiap kanak-kanak seimbang secara holistic dari segi
JERIS seiring dengan FPK. Proses pembelajaran awal 4 tahun untuk menjamin
kualiti dan suasan pembelajaran yang menyeronokkan.
Tadika Pasti
Pasti ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada
masyarakat yang mencintai pendidikan Islam.Memainkan peranan yang pentingdalam
memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. PASTI mempunyai visinya
yang tersendiri, iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh
Kurikulum PASTI juga dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca,
menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Swasta
Terdapat pelbagai jenis tadika bak
cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Tadika-tadika swasta ini
kebanyakkannya menggunakan kurikulum mereka yang tersendiri. Seperti kebiasaan
tadika kerajaan, namun tadika swasta ini mengenakan bayaran yuran mereka yang
tersendiri. Tadika-tadika yang terkena lantaranya adalah Little Caliphs, Smart
Reader Kids, Kinderkaizendan Big Apple.
Little Caliphs
https://drive.google.com/open?id=1wJRWeWEqiFIvThYeQHDBOxrZGawVfIi5
Kinderkaizen
https://drive.google.com/open?id=1FDndVFeQvF1G6B5tu999FsJlvHSuH8PQ
Smart Reader Kids
https://drive.google.com/open?id=0B8mrU09AzrGcRTR3RUhLOVk4czRjN2Q2cnh6YlAzY3NHeXdR
Big Apple
https://drive.google.com/open?id=0B8mrU09AzrGcbm44YzZkeEFMOEFoYVQ0X3FIaDZRMjlwOWRj
ISU DAN CABARAN
Kebanyakkan rakyat Malaysia telah menghantar anak mereka masuk ke
institusi pendidikan seawal usia lima hingga enam tahun. Terdapat ibu bapa yang
menghantar anak mereka di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kelolaan Jabatan
Kemajuan Masyarakat. Kemudian wujud satu lagi institusi pendidikan yang agak
‘veteran’ Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI, dibawah kelolaan Parti Islam
Malaysia.
Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan usaha mendidik anak-anak seawal usia 5
tahun kepada institusi awal kanak-kanak. Jarang sekali anak-anak di Malaysia
masuk ke alam sekolah rendah tanpa melalui proses pembelajaran awal di TASKA
atau TABIKA. Ibu bapa masa kini kekurangan masa untuk mendidik sepenuhnya
anak-anak mengikut acuan pembelajaran yang ibu bapa tersebut inginkan. Justeru
lahirlah pelbagai isu dan cabaran dalam pendidikan awal kanak-kanak terutamanya
dalam didikan agama islam.
( a ) Kurangnya pengetahuan dalam cara kehidupan
sebagai muslim.
Disebabkan
ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika yang lebih menekankan
Pendidikan duniawi berbanding keagamaan, anak-anak masa kini lebih pandai dalam
subjek-subjek sains berbanding subjek yang berkaitan dengan agama. Ia akan
mengakibatkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mempraktikkan kewajipan sebagai
seorang muslim. Biarpun di usia yang masih kecil, asas seorang muslim itu
seharusnya ditanam supaya apabila dewasa kanak-kanak tersebut akan mampu
menjadi individu muslim yang sebenar.
( b ) Kesukaran menguasai konsep nombor dan huruf
dalam tulisan jawi
Antara isu dan
cabaran yang perlu dihadapi adalah untuk menguasai huruf jawi dan konsep nombor
dalam tulisan jawi merupakan salah satu
kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah terutamanya
kanak-kanak yang beragama islam. Sebagai seorang yang beragama islam, menguasai
pembelajaran tulisan jawi dan arab adalah penting kerana ianya memainkan
peranan penting dalam memahami kitab utama umat islam iaitu Al-quran. Selain
itu, juga huruf jawi adalah tulisan yang diolah daripada Bahasa Arab sendiri
dan diilhamkan oleh nenek moyang kita dahulu kala dan penting untuk pastikan
ianya tidak hilang di telan arus zama. Namun begitu, didapati ramai anak-anak
kecil yang masih tidak boleh mengenal dan menyebut huruf dan nombor tersebut
dan semestinya ia mendatangkan kebimbangan buat kita.
Journal Isu dan Cabaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak
https://www.researchgate.net/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAK-KANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI
Journal Isu dan Cabaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak
https://www.researchgate.net/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAK-KANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI
CARA MENGATASI
( a ) Meningkatkan kesedaran kepentingan Pendidikan
islam di peringkat awal kanak-kanak
Untuk
meningkatkan kesedaran kepentingan Pendidikan islam di peringkat usia yang
awal, institusi Pendidikan kanak-kanak perlu mengadakan program-program seperti
kem bijak solat, tulisan khat dan jawi serta syarahan dan bercerita di mana
kesemua program tersebut akan menonjolkan potensi kanak-kanak tersebut biarpun
di usia yang sangat muda. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memberi
sokongan penuh kepada pihak tadika supaya mereka lebih bersemangat untuk
mengadakan lebih banyak program yang bermanfaat.
( b ) Memartabatkan Pendidikan awal kanak-kanak islam
berterusan prinsip Sunnah Wal Jamaah.
Umum ketahui
bahawa umat islam di Malaysia majoritinya berpegangan akidah ahli Sunnah Wal
Jamaah dan anasir-ansir seperti syi’ah, wahabi, islam liberal, khawarij dan
banyak lagi patut disekat. Golongan target mereka adalah anak-anak muda kerana
mereka lebih senang dipengaruh dan dicorak pemikiran mereka. Oleh itu,
kedua-dua kerajaan dan pihak swasta perlu menghasilkan modul pendidikan yang
berteraskan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah.
( c) Mewakili dan memperjuangkan isu-isu berkaitan
pendidikan awal kanak-kanak islam yang bersesuaian dengan masyarakat Malaysia.
Tadika, tabika
dan PASTI adalah agensi pendidikan yang sesuai untuk memperjuangkan hak-hak
serta isu pendidikan awal kanak-kanak khususnya kanak-kanak muslim kerana
institusi pendidikan mereka dihuni oleh kanak-kanak yang purata umur diantara
4-6 tahun. Jadi semestinya mereka mampu membahaskan isu-isu tersebut dengan
baik.
( d ) Meningkatkan kesedaran kepentingan Pendidikan
islam di peringkat awal kanak-kanak
Pihak kerajaan
dan swasta juga perlu memantau dan memastikan kokurikulum yang diguna pakai
setiap tadika di seluruh Malaysia mengikut piawaian yang seragam supaya tidak
timbul isu seperti taraf pendidikan yang berbeza-beza ataupun kokurikulum yang
tidak seragam ataupun isu kecederaan hasil kecuaian pengasuh. Ini sememangnya
penting bagi memastikan kelangsungan institusi tadika di Malaysia untuk
melahirkan anak bangsa yang cemerlang.
KEPENTINGAN KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Pendidikan awal
kanak-kanak ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang mempunyai daya
ketahanan untuk menghadapi segala cabaran dari aspek fizikal dan mental,
menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan. Di prasekolah,
kanak-kanak akan terdedah kepada pembelajaran nombor, huruf dan bentuk, yang
merupakan perkara-perkara asas yang akan mereka aplikasikan didalam kehidupan.
Selain itu, kanak-kanak juga akan belajar cara bersosial dengan rakan sebaya,
mahupun orang yang lebih besar dari mereka (guru). Contohnya, semasa sesi
bulatan (di prasekolah), kanak-kanak akan belajar untuk bergaul, berkongsi dan
bertolak-ansur dengan rakan-rakan.
Disamping itu, pada
peringkat umur ini juga merupakan peringkat yang utama dan paling pesat dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak (2-6 tahun) berbanding dengan peringkat atau
tahap umur yang lebih dewasa. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat
mengembangkan pengetahuan asas mereka berkaitan dengan pengetahuan tentang
objek, sebab musabab sesuatu perkara, ruang, masa dan sebagainya. Pengetahuan
asas ini juga merupakan salah satu elemen penting dalam perkembangan hidup kanak-kanak
tersebut. Ramai pakar kanak-kanak bersetuju bahawa dengan adanya pendidikan di
peringkat awal kanak-kanak, ia dapat membantu mereka dalam membuat persediaan
sebelum melangkah ke alam sekolah rendah. Malah, banyak juga kajian yang
membuktikan bahawa kanak-kanak pelajari banyak perkara di taska dan tadika.
Tambahan pula, 90
peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak
mencapai umur lima tahun. Hal ini kerana, sejak kelahiran hingga berumur dua
tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat. Ahli
psikologi mengatakan bahawa waktu awal usia adalah masa yang paling baik untuk
seseorang kanak-kanak itu belajar. Dalam tempoh masa ini, minda kanak-kanak
mengambil segala input dan memproses maklumat pada kadar yang lebih cepat
daripada peringkat umur lain. Pakar psikologi mengatakan bahawa masa ini adalah
amat penting kerana, ia merupakan fasa kanak-kanak itu belajar untuk bersosial
dan memproses kemahiran asas belajar mereka.
Akhir sekali, dari segi
aspek sosial, kanak-kanak juga akan belajar cara menghormati orang dan
penyelesaian masalah. Di prasekolah, mereka menyediakan tempat untuk
kanak-kanak itu mengenal diri mereka, dengan cara mengembangkan karakter
positif dan meningkatkan keyakinan diri. Malah, jika kita perhatikan, ketika
kanak-kanak di usia empat hingga lima tahun mereka mempunyai sifat ingin tahu
yang tinggi, mereka akan sering bertanyakan perkara-perkara yang terdapat di
sekeliling mereka. Sebagai contoh, “mengapa burung terbang atau bagaimana ikan
boleh hidup di dalam air?”. Kesimpulannya,terdapat banyak kepentingan konsep
pendidikan awal kanak-kanak yang mereka akan dapat di taska, tadika dan
prasekolah terutamanya perkara yang berkaitan dengan pembelajaran kendiri.
Video Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=eUX1mBmAJtc&t=75s
Komponen pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia
komponen
pembelajaran adalah beberapa komponen yang saling berkaitan antara satu sama
lain yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pembelajaran,
terdapat komponen yang berkaitan dengan proses pembelajaran, iaitu:
1. Kurikulum
Secara
etimologi, kurikulum berasal dari bahasa Yunani, curir yang bermaksud
"pelari" dan lurus yang bermaksud "tempat untuk
berlumba".iaitu jarak yang mesti dilalui oleh pelari dari garis permulaan
ke garisan penamat. Dalam istilah, istilah kurikulum membayangkan sejumlah
pengetahuan atau subjek yang mesti diambil atau diselesaikan oleh pelajar untuk
mencapai sesuatu tahap.Memahami kurikulum secara luas bukan sahaja dalam bentuk
subjek atau bidang pembelajaran dan aktiviti pembelajaran pelajar, tetapi juga
segala yang mempengaruhi pembentukan pelajar peribadi sesuai dengan tujuan
pendidikan yang diharapkan. Sebagai contoh kemudahan tadika, persekitaran yang
selamat, suasana keintiman dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media dan
sumber pembelajaran yang mencukupi.
Kurikulum
sebagai reka bentuk pendidikan mempunyai kedudukan yang sangat strategik dalam
semua aspek aktiviti pendidikan.Memandangkan kepentingan peranan kurikulum
dalam pendidikan dan pembangunan kehidupan manusia, penyediaan kurikulum tidak
boleh dilakukan tanpa menggunakan asas yang kukuh dan kuat.
2. Guru
Kata Guru
berasal dari "guru" Sanskrit yang juga bermaksud guru, tetapi makna
literal adalah "berat" yang merupakan seorang guru sains. Dalam
bahasa Malaysia, guru umumnya merujuk kepada pendidik profesional dengan tugas
utama untuk mendidik, mengajar, membimbing, mengarah, melatih, dan menilai
pelajar.
Dalam
masyarakat, dari yang paling mundur ke yang paling maju, guru memainkan peranan
penting. Guru adalah salah satu pembentuk utama calon ahli komuniti. Peranan
guru bukan sahaja terhad kepada pengajaran (penyampaian sains), tetapi juga
sebagai panduan, pemaju, dan pengurus aktiviti pembelajaran yang dapat
memudahkan aktiviti pembelajaran murid dalam mencapai matlamat.
3. Pelajar
Pelajar biasanya
digunakan untuk seseorang yang mengambil program pendidikan di sekolah atau
institusi pendidikan lain, di bawah bimbingan seorang guru atau beberapa guru.
Dalam konteks agama para pelajar digunakan sebagai istilah untuk seseorang yang
mengikuti bimbingan seorang yang bijak.Walau bagaimanapun, pelajar tidak
semestinya dianggap sebagai objek pembelajaran yang tidak tahu apa-apa.Dia
mempunyai latar belakang, minat dan keperluan serta kebolehan yang berlainan.
Bagi pelajar, sebagai pengaruh yang berpengaruh dalam bentuk pengetahuan atau
kebolehan diterapkan dalam bidang lain sebagai pemindahan pembelajaran yang
akan membantu perkembangan mereka.
4. Kaedah
Kaedah
pembelajaran adalah cara yang boleh dilakukan untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar, kaedah ini termasuk:
·
Kaedah kuliah adalah
kaedah pengajaran dengan menyampaikan maklumat dan pengetahuan secara lisan
kepada sebilangan pelajar.
·
Kaedah Soalan adalah
kaedah yang digunakan guru dengan menyoal pelajar dan pelajar menjawab, atau
sebaliknya pelajar menyoal guru dan guru menjawab soalan pelajar.
·
Kaedah Diskusi dapat
ditafsirkan sebagai taktik "penyampaian" bahan pengajaran yang
melibatkan pelajar untuk membincangkan dan mencari penyelesaian alternatif
kepada topik yang bermasalah.
·
Kaedah demonstrasi
adalah kaedah pengajaran dengan menunjukkan barang, peristiwa, peraturan, dan
urutan menjalankan aktiviti, secara langsung dan melalui penggunaan media
pembelajaran yang berkaitan dengan subjek atau bahan yang dibentangkan.
·
Kaedah eksperimen
adalah kaedah atau cara di mana guru dan pelajar bekerjasama dalam latihan atau
eksperimen untuk menentukan kesan atau kesan tindakan.
5. Bahan
Bahan juga
merupakan salah satu penentu penglibatan pelajar. Ciri-ciri bahan yang baik
menurut Hutchinson dan Waters adalah:
·
Kewujudan teks yang
menarik.
·
Kewujudan aktiviti atau
aktiviti yang menyeronokkan dan termasuk kemahiran berfikir pelajar.
·
Beri pelajar peluang
untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki.
·
Bahan yang dikuasai
oleh kedua-dua pelajar dan guru.
Dalam aktiviti
pembelajaran, bahan itu mesti dirancang sedemikian rupa sehingga sesuai untuk
mencapai objektif dengan memperhatikan komponen lain, terutama komponen pelajar
yang menjadi pusat.Pilihan bahan mesti benar-benar dapat memberikan kemahiran
dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
6. Alat Belajar (Media)
Kata media
berasal dari bahasa Latin dan merupakan bentuk jamak "medium" yang
secara harfiah bermaksud perantara atau pengenalan.Jadi media adalah perantara
atau mesej penghantaran dari pengirim kepada penerima mesej.Media pembelajaran
adalah perisian (software) atau perkakasan (alat keras) yang berfungsi sebagai
alat pembelajaran atau bantuan pembelajaran.
7. Penilaian
Penilaian
istilah berasal dari Bahasa Inggeris, iaitu "Penilaian". Menurut Wand
dan Brown, penilaian adalah tindakan atau proses untuk menentukan nilai
sesuatu. Terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa penilaian adalah aktiviti
mengumpul data seluas mungkin, sejauh mungkin berkaitan dengan keupayaan
pelajar, untuk mengetahui sebab-sebab dan hasil pembelajaran pelajar yang dapat
menggalakkan dan mengembangkan kemampuan belajar
Journal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
https://www.academia.edu/36108860/PENDIDIKAN_AWAL_KANAK-KANAK_PAKK_DI_MALAYSIA_KAJIAN_LITERATUR
Daripada apa yang telah
dilihat dan dikaji, penekanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak sangat
penting pada masa sekarang. Kalau dahulu, kanak-kanak dihantar terus ke sekolah
tanpa melalui fasa pendidikan prasekolah, tetapi situasi kini sangat berubah.
Bahkan dikatakan kanak-kanak itu keciciran pelajaran jika tidak dihantar ke
tadika-tadika yang ada di negara ini. Ini menunjukkan perlunya ada satu sistem
yang boleh dijadikan panduan kepada pendidikan prasekolah berasaskan falsafah
yang telah digariskan dan mencapai objektif kepada pendidikan awal kanak-kanak.
Cuma, persoalannya acuan mana perlu diikut, dan bersesuaian dengan pegangan
agama kita, agama Islam. Seharusnya kanak-kanak dicorak dengan nilai-nilai adab
Islam dan budaya ketimuran sekalipun berdepan dengan era globalisasi. Tanamkan
nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih
kerana mereka merupakan generasi pelapis kita pada masa hadapan. Mereka memang
perlu dididik menjadi generasi ulul albab yang boleh mencorak masa depan mereka
menjadi pemimpin yang ulung dan khalifah yang baik untuk menjaga amanah Allah
di bumi ini.
Berdasarkan pendidkan
awal kanak-kanak yng ada di Malaysia, seharusnya ada keseragaman antara semua
tadika di Malaysia untuk mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun
Negara. Walaupun berlainan nama pada tadika, seharusnya semuanya mengikut
matlamat yang telah termaktub dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan
prasekolah harus dibezakan dengan pendidikan sekolah kerana pada waktu usia
tersebut, fitrah kanak-kanak masih ingin bermain, dan kurikulum yang digubal
harus bersesuaian dengan fitrah tersebut, begitu juga dalam penggubalan buku
teks dan penilaian peperiksaan. Perancangan dan tindakan yang betul dalam
pendidikan generasi awal pertumbuhan manusia harus dijaga dan diselidiki supaya
tidak mendatangkan musibah kepada perkembanganfizikal, intelek, emosi dan
rohani kanak-kanak tersebut. Penyerapan nilai-nilai yang baik harus
dititikberatkan pada peringkat awal pendidikan kanak-kanak, dan tidak menjurus
kepada aspek peperiksaan. Begitu juga, pembelajaran bahasa dan pemerolehan
bahasa harus dibentuk sebaik mungkin supaya tiada kecelaruan antara bahasa
ibunda dan bahasa kedua.
Semoga gagasan ke arah
transformasi pendidikan negara menjadi satu kenyataan dan bukan igauan
semata-mata dengan sokongan setiap komuniti daripada ibu bapa, guru dansekolah
untuk membentuk generasi cemerlang dunia dan akhirat.
ARTIKEL / BERITA BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/utamakan-pendidikan-akhlak-kanak-kanak-1.528414
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-bimbingan-awal-kanak-kanak-1.582545
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/499862/jawatankuasa-khas-berkaitan-institusi-pendidikan-awal-kanak-kanak
SOALAN : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
1. Senaraikan institusi tadika Kerajaan yang anda ketahui?
2. Apakah kepentingan utama Pendidikan Awal Kanak- kanak di Malaysia?
3. Senaraikan 3 komponan pembelajaran yang anda ketahui?
4. Nyatakan 3 isu serta cabaran dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia?
5. Nyatakan 2 ciri di taska dan tadika yang anda ketahui?
No comments:
Post a Comment