Sunday, May 12, 2019

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA (KUMPULAN 7)




KAA 3053

Tajuk : Pendidikan Awal Kanak-kanak Di Luar Negara

No
Nama
No. Kad Matrik
1
Ita anak dublin
D20182085096
2
Chia Yong Wei
D20182085993
3
Elvinia Sim
D20182085095
4
Clare Michael
D20182085102
5
Siti Norhafizah Binti Zepri
D20182085063
6
Laivianneysa Damius
D20182085264



PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA

Suasana Sekolah Kanak-kanak di Luar negara





Sumber Rujukan

1. BLOGSPOT






Soalan Blog : Pendidikan awal kanak-kanak di luar negara.



  1. Berikan contoh negara-negara yang menubuhkan atau melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak?
  2. Perbezaan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan luar negara.Bincangkan.
  3. Apakah perbezaan hak kanak-kanak di dalam dan luar negara?
  4. Jelaskan cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza antara Malaysia dengan luar negara.
  5. Nyatakan dan jelaskan tokoh atau model-model pendidikan awal kanak-kanak yang ada di luar negara.


PENGENALAN
Penulisan blog ini telah dijalankan secara terperinci bagi menimbulkan serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkat tadika/prasekolah yang berada di luar negara. Seperti mana yang kita mengetahui, Pendidikan Prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke-19 dan di Amerika pada abad ke-20. Antara ahli falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel merupakan orang pertama yang mendirikan tadika di dunia iaitu Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu sebagai ‘Kindergarten’ yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Manakala Amerika Syarikat, prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala, kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan dunia kedua. Pada tahun 1900an,
 prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja.

Objektif  Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:
a) Menyatakan negara luar yang ada Pendidikan Awal Kanak-kanak.
b) Mengetahui perbezaan sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia dengan negara luar.
c) Menyatakan model pendidikan awal kanak-kanak di luar negara.
d) Menjelaskan tentang cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza antara Malaysia dengan
    negara luar.


 Perbezaan Sistem Pakk Di Dalam Dan Luar Negara

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DALAM NEGARA
Aspek
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LUAR NEGARA
Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil.
Matlamat
Pembentukan individu menekankan perkembangan intelektual secara umum terhadap sesuatu  subjek
PERMATA hanya menerima kanak-kanak yang berwarganera Malaysia.
Kanak-kanak di PERMATA diambil daripada kanak-kanak yang sihat tubuh badan sahaja bukan mengalami masalah penyakit kornik atau Kekerangan upaya.
Cara pengambilan kanak-kanak
HEAD START membolehkan semua warganegara memasuki sekolah tetapi dengan syarat penduduk yang bukan warganegara mestilah tinggal di USA melebihi 5 hingga 6 tahun.
Head Start yang hanya mengambil pelajar yang kurang upaya untuk didedahkan dengan pembelajaran yang berguna.
PERMATA
adalah bermula daripada 0 hingga 4 tahun
Prasekolah adalah 5-6 tahun
Taska adalah antara 2-4 tahun
Tadika adalah antara 4-6 tahun
Tahap umur kanak-kanak
HEAD START adalah kanak-kanak bermula daripada 3 hingga 6 tahun.
Montessori adalah kanak-kanak berumur daripada 2-4 tahun.
Regio Emillio adalah kanak-kanak antara 3-6 tahun.
PERMATA
syarat  pengambilan mestilah dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Syarat pengambilan kanak-kanak
HEAD START
Mengambil kanak-kanak terbiar di luar untuk menjamin masa depan mereka.
      TADIKA
      TABIKA
      TASKA
      PASTI
      KEMAS
      PERMATA
Program
      Head Start
      Sure Start
      PendekatanRegio Emilio
      Model Montessori
      High scope
      Frobelian

MALAYSIA
USA
UK
Asuhan Kanak-Kanak
(bawah 4 tahun)
Nursery (bawah 3 tahun)
Day Care
Preschool(3-4/5 tahun)
Prasekolah (4-6 tahun)
Kindergarten (5- tahun)
Nursery (3-4 tahun)
Sekolah Rendah (7-12 tahun)
Primary (6-12 tahun)
Reception/ year 1(5 tahun)


Skop pendidikan Awal kanak-kanak (ECE) di Malaysia merangkumi asuhan , pendidikan formal dan tidak formal.

Maksud Pengajaran
·         menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat.
·         Menghormati kanak-kanak dan remaja.
·         Membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang

Antara cara pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak diMalaysia :
1.Belajar melalui bermain
·         Proses pembelajaran dijaalankan secara tidak formal
·         Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan hakus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin

2. Merangsang naluri ingin tahu.
·         Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan sesuatu pelajaran.
·         Guru dapat merangsang naluri ingin tahu  kanak-kanak melalui pemerhatian, klasifikasi, eksperimen, menjangka, menyoal, penyelidikan dan komunikasi.

3. Perkembangan menyeluruh
·         Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif.
·         Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual.

4. Penerapan nilai murni
·         Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni
·         Terdapat 16 nilai-nilai untuk Pendidikan moral dan Kerohanian yang telah dinyatakan dalam Buku Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah ketuhanan, baik hati, berdikari, kerjasama dan sebagainya.

5.Kreativiti
·         Guru memainkan peranan penting bagi membina kreativiti kanak-kanak.
·         Sikap guru adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativii kanak-kanak.

Skop pendidikan awal kanak-kanak di Amerika syarikat (Program Head Start) mengamalkan Amalan Bersesuaian Perkembangan kanak-kanak yang disarankan oleh Persatuan Pendidikan Kanak-kanak Kebangsaan (Bredekamp & Copple, 1997).

Maksud pembelajaran
·         Perihal pemerolehan, atau pengubahsuaian
·     Pengukuhan bagi pengetahuan,tingkah laku, kemahiran, nilai, atau keutamaan yang baharu atau sedia ada.

Antara cara-cara pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak di Amerika Syarikat :
1. Menggunakan kurikulum komprehensif yang mampu mneyediakan kanak-knak ke sekolah rendah kelak.

2. Memperkenalkan Program Strategik pendidikan untuk Guru (STEP).
·       -  memberi asas pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak
·       -  Mengkordinasikan kemahiran guru-guru di sekolah kerajaan dan swasta.

3. Melaksanakan program lawatan ke rumah untuk membantu para ibu bapa.

4. Menyediakan beberapa kemudahan untuk kanak-kanak dan keluarga seperti perkhidmatan kilinik kesihatan, kesihatan mental, nutrisi, perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas, perpustakaan, muzium, dan perniagaan yang boleh membantu ekonomi keluarga.


Model-Model Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Luar Negara

Pada peringkat awal (abad 18), orang Amerika Syarikat lebih mementingkan penerokaan dan mencari tempat tinggal. Namun, muncul pemerdagangan kanak-kanak. Hal ini kerana mereka mempercayai kanak-kanak tidak boleh dibiarkan duduk diam tanpa membuat kerja. Sesetengah tempat di Amerika Syarikat menerima kanak-kanak tanpa keluarga dari Eropah sebagai hamba atau printis untuk mengelakkan masyarakat Eropah menanggng kebajikannya.

Pada tahun 1848, sistem pendidikan yang mengubah corak pendidikan kanak-kanak di Amerika telah dibawa oleh Carl Schurz dan isterinya dari negara Jerman. Carl Schurz telah membuka tadika yang pertama dan berbahasa Jerman di Wisconsin pada tahun 1855. Hal ini telah menarik minat Elizabeth Peabody. Pada tahun 1860, Elizabeth Peabody telah membuka tadika persendirian yang pertama dan berbahasa English di Boston, Massachusetts. Namun, pertubuhan pendidikan awal kanak-kanak di Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak yang dari golongan yang berada sahaja manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Seterusnya, pada tahun 1873, Susan Blow membuka tadika pertama di St.Lois Missuori.

Antara contoh-contoh model pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang pertama ialah Model Head Start. Pada tahun 1965, kerajaan Amerika Syarikat telah memperkenalkan program Head Start. Head Start merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang utama (Federal Programme) diperkenalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1965. Sejak ditubuhkan sehingga tahun 2003, Head start telah memberi perkhidmatan kepada 21 juta kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari aspek ekonomi. Di awalnya ia merupakan program pada musim panas dan akhirnya berkembang menjadi sebuah program yang komprehesif untuk kanak-kanak. Head start mendapat sokongan dan galakan dari yang kuat dari pembuat dasar di Amerika Syarikat. Menurut Zigler dan Muenchow 1992,Head Start dikenali sebagai “ the most important social and educational experiment of the second half of the twentieth century”.            

Head Start mempunyai objektif yang luas dalam perkembangan dan hasil pembelajaran bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Empat domain utama yang ditekankan ialah sosial, emosi,kognitif dan fizikal. Head start cuba menghasilkan kanak-kanak yang berkembang secara menyeluruh. Di samping itu matlamat utama program Head Start ialah membina kesediaan kanak-kanak ke sekolah dengan cara meningkatkan perkembangan kognitif dan sosial melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan, nutrisi, sosial dan keperluan lain yang dirasakan perlu.

Beberapa penambahbaikan program telah dibuat seperti penggunaan standard prestasi yang bertujuan memastikan kanak-kanak mencapai standard minimum yang diharapkan iaitu menguasai fonem dalam bahasa, bahan bercetak,numerasi, komunikasi dengan baik, dapat menggunakan perbendaharaan kata dengan baik dan menguasai bahasa inggeris dengan baik bagi kanak-kanak yang menggunakannya sebagai bahasa ke dua. Pada tahun 2000, Biro Head start telah memperkenalkan Child Outcome Framework yang mengandungi 8 domain utama, 27 domain elemen 100 indikator kemahiran,kemampuan, pengetahuan dan tingkahlaku untuk kanak-kanak berumur 3 – 5 tahun.

Model yang kedua ialah Model Bank Street. Program Bank Street diperkembangkan oleh Sprague Mitchell, Carroline Pratt dan Harrier Johnson. Ketiga-tiga tokoh dalam program ini telah mewujudkan Play School sebagai sekolah pengasuhan pertama di Amerika Syarikat. Tujuan Model Bank Streer ialah untuk mengembangkan seluruh aspek perkembangan kanak-kanak merangkumi (fizikal, emosi, sosial, dan kognitif). Bank Street adalah program yang mengikut prinsip-prinsip pembelajaran iaitu pertama, berdasarkan persekitaran yang menjadi keutamaan untuk memotivasikan manusia dan kedua, kanak-kanak mesti berinteraksi dengan persekitaran mereka secara fizikal dan sosial dan mentafsir pendapat mereka sendiri untuk mengekalkan pendidikan sepanjang hayat. Selain daripada itu, tujuan Model Bank Street ialah unutk berkongsi tanggungjawab dengan anak dan masyarakat malahan untuk mengembangkan kompetensi dan motivasi untuk menggunakan kemampuan anak mengembangkan kemandirian dan peribadi anak. Seterusnya, tujuan Model Bank Street ini ialah untuk mengembangkan hubungan sosial dengan kepedulian terhadap orang lain dan likungan dang untuk mengembangkan kreativiti, dan menggalakkan integriti dan hubungan.

Selain itu, model yang ketiga ialah model Reggio Emilia. Pada tahun 1990, program Reggio Emilia telah bermula berkembang dari Italy ke Amerika Syarikat. Pendekatan Reggio Emilia merupakan falsafah pendidikan yang memberi tumpuan kepada pendidikan prasekolah  dan sekolah rendah. Pendekatan ini telah diasaskan oleh Loris Malaguzzi dan ibu bapa di kampung-kampung di sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II melalui kemusnahan dari peperangan itu, ibu bapa percaya, kanak-kanak memerlukan pendidikan yang baru iaitu pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Ibu bapa juga menganggap bahawa pembangunan awal kanak-kanak ialah untuk membentuk diri mereka sebagai individu.

Oleh itu , Loris telah membawa kepada penciptaan program yang berdasarkan prinsip hormat, tanggungjawab, dan kemasyarakatan melalui konsep ‘penerokaan dan penemuan’ dalam persekitaran yang menyokong berdasarkan kepentingan kanak-kanak melalui kurikulum ‘self-guided’. Natijahnya, model Reggio Emilia ini adalah mewujudkan keadaan pembelajaran yang akan menggalakkan dan memudahkan anak untuk membina kekuatan berfikirnya sendiri melalui penggabungan seluruh bahasa ekspresif, komunikatif, dan kognitifnya. (Edward & Forman, 1993).

Akhir sekali ialah model Montessori. Maria Montesssori dilahirkan di Chiaravalle, Itally pada tahun 1870. Beliau merupakan doktor perempuan pertama di Itali. Namun begitu, beliau begitu tertarik dengan cara  kanak-kanak belajar. Justeru itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan falsafah.

Pendekatan berinovasi Dr Maria Montessori adalah “Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru, mencari potensi yang terdapat kepada seseorang manusia.” Keberkesanan kaedah pengajaran Montessori telah di demonstrasi pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) yang menunjukkan kanak-kanak Montessori telah bertambah baik tingkah laku dan skil akademik di Montessori.

Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah kemudiannya dipraktikkan dengan jayanya keatas kanak-kanak dan ia adalah agak popular di banayk tempat di dunia. Walau dengan banyak kritikan pada kaedah beliau pada awal tahun 1930-an dan 1940-an, kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan dan telah bangkit semula. Ia kini boleh ditemui di enam benua dan seluruh Amerika Syarikat.

 Sebelum akhir tahun 1907, Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau Rumah Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Kaedah Montessori mula diperkenalkan di rumah kanak-kanak ini. Terdapat dua prinsip yang terkandung di dalam kedah ini iaitu, kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak ini juga lebih digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa. Prinsip kedua ialah kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri .Kedua-dua prinsip ini telah mengilhamkan usaha montessori dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran, dan latihan


KESIMPULAN

Tuntasnya, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk memberikan kemahiran asas seperti menulis, membaca, mengira dan menaakul yang lebih dikenali sebagai amalan 4M dalam pembelajaran bilik darjah. Hal ini demikian, merupakan satu langkah atau persediaan kepada kanak-kanak menuju ke peringkat persekolahan yang merupakan persekolahan formal di sekolah rendah. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh sesebuah model Prasekolah yang dilaksanakan oleh guru haruslah menarik minat kanak-kanak dan bersesuaian dengan tahap kognitif kanak-kanak. Tetapi, guru perlu memainkan peranan dalam mengaplikasikan kaedah aras pengajaran yang mengikuti piawaian sukatan yang telah ditetapkan dan dimaktubkan dalam KSPK. Selain itu, pendidikan prasekolah ini harus menwujudkan dan menghasilkan satu persekitaran yang ceria dan seronok supaya kanak-kanak dapat menwujudkan situasi pembelajaran yang bermakna. Di samping itu, kurikulum yang digunakan dalam sesebuah prasekolah haruslah dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi,  rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Pada tahap awal didikan kanak-kanak merupakan suatu cabaran untuk pendidik maka juga merupakan suatu pengalaman yang baru membolehkan kanak-kanak menerokai pada diri mereka. Di prasekolah luar negara juga menekankan bahawa skema yang diperolehi kanak-kanak akan disimpankan dari prasekolah sehingga menuju ke peringkat persekolahan. Secara holistiknya, tidak kira pendidikan awal kanak-kanak dalam negara atau luar negara juga bermatlamat menginteprestasikan kemahiran asas dalam penyelesaian masalah kepada kanak-kanak dalam mengasimilasi dan mengadaptasi skema yang diperolehi oleh kanak-kanak itu sendiri bagi menghasilkan keseimbangan tingkah laku terhadap diri sendiri supaya menjadi insan yang lebih harmonis dan   berketerampilan.









No comments:

Akta Kanak-kanak 2001 (Kumpulan 2)

1) Slide 2) Jurnal  http://journalarticle.ukm.my/9853/1/Artkl_5_Kecuaian_dan_Pengabaian_Kanak-kanak_oleh_Ibu_Bapa_Kedudukannya_di_ba...