TAYANGAN SLAID BERKENAAN DENGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
PENGENALAN AKTA PENDIDIKAN 1996
PENGENALAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Akta
Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta
Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar
dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996
menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Akta
ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi
asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan
Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan
mengenai pendidikan.
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN AKTA PENDIDIKAN 1996
DAN AKTA PELAJARAN 1961
AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN
Latar Pembentukan Akta Pendidikan 1996
Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dan mengalami perubahan untuk membawa
kepentingan negara pada peringkat global. Bagi terus memacu kepesatan perkembangan
pendidikan pada peringkat dunia maka Malaysia perlu ada acuannya yang tersendiri. Oleh itu
beberapa akta berkaitan dengan pendidikan telah dibentuk, termasuklah Akta Pendidikan
1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
dan Akta Majlis Pendidikan Negara 1996 serta Akta Universlti dan Kolej Universiti
(Pindaan) 1996. Langkah mengimplementasikan akta-akta tersebut menunjukkan bahawa
sistem pendidikan negara semakin dipengaruhi dan tertakluk kepada undang-undang dengan
lebih khusus. Di samping itu, institusi pendidikan kebangsaan semakin dipengaruhi oleh satu
rangka perundangan yang berbentuk kompleks. Hal ini kerana mahkamah telah dihadapi
dengan kes seperti pengawalan kurikulum, disiplin, kuasa guru dan kecuaian.
Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada
terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Mukadimah Akta Pelajaran 1961
menegaskan bahawa matlamat utama Dasar Pendidikan Negara pada masa itu ialah untuk
menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Prinsip umum Akta
Pelajaran 1961 adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di mana akta tersebut
digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang sama,
pertimbangan juga diberi kepada kehendak ibubapa semasa akta tersebut dilaksanakan.
Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal
dilaksanakan dengan berkesan.
Menjelang abad ke-21, era digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan
meluas dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan
kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. Suatu strategi pendidikan negara
yang baru dikehendaki untuk membantu melengkapkan individu dengan pengetahuan dan
kemahiran menghadapi cabaran baru contohnya lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh
ruang siber. Selaras dengan perkembangan ini, peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran
(Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta
S
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan
3
Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Akta
tersebut telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996 (juga dikenali sebagai Akta 550).
Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru
dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah
dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seragam dan
berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di
dalam RMK-7 (1996-2000) dinyatakan:
“….. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the
regulatory framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted.
Among others, the Act will strengthen the concept oj a national system oj
education by including all levels and types of education and bringing within its
ambit, pre-school, post-secondary and special education. At the primary and
secondary levels, public and private educational institutions will be required to
use thenational curriculum.”
Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pentingnya
menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan
penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni diakui membantu melengkapkan masyarakat
dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat
global. Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan negara hanya dapat
dicapai melalui pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada peringkat
sekolah rendah di mana tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun
(seksyen 29). Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa
Menteri Pendidikan seperti dalam tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk
menyelia, mengawas dan mengawal tahap pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan
1996 telah memperluaskan bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan
terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh Menteri Pendidikan dalam
berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan juga telah
meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen 54), membuat
peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah
Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan
pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang
merupakan hak mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk
kepada kelulusan daripada Parlimen.
Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan adalah
diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa
pembangunan pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang
diambil adalah berasaskan keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu,
tingkahlaku Menteri bukan seperti yang telah dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free
standing nism acting on the education system of his own motion as a free agent. Perundingan
di antara beberapa kumpulan pakar dengan koordinasi tertentu sebelum sesuatu tindakan
diambil. Ia memerlukan satu tempoh masa yang panjang dan komitmen yang tinggi.
Rundingan dan kordinasi antara individu dalam melaksanakan dasar pendidikan bermakna
pendapat bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh
jabatan yang lain adalah tidak munasabah.
IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
VIDEO BERKAITAN DENGAN AKTA PENDIDIKAN 1996
BERITA
ARTIKEL
KERATAN AKHBAR
LIMA (5) SOALAN
1. Apakah tujuan Akta Pendidikan 1996?
2. Bilakah Akta Pendidikan Akta 1996 mula berkuatkuasa?
3. Nyatakan peranan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Domain Afektif?
5. Huraikan secara ringkas mengenai kurikulum prasekolah berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
1. Apakah tujuan Akta Pendidikan 1996?
2. Bilakah Akta Pendidikan Akta 1996 mula berkuatkuasa?
3. Nyatakan peranan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Domain Afektif?
5. Huraikan secara ringkas mengenai kurikulum prasekolah berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
No comments:
Post a Comment